Tanda Sebelum Kita Meninggal Dunia
- 100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari
Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang
dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda
ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari
hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau
seakan-akan mengigil.
- 40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu
Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun
yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas
Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula
membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula
mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan
memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang
terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
- 7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini
akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan
di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera
untuk makan.
- 3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di
bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika
tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut
kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang
yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak
akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan
perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari
bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan
beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan
perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
- 1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana
kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan
ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui
waktu Asar keesokan harinya.
-
Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu
keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan
seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus
mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan
malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah
menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
WANI ♥ BOYFRIEND FOREVER.. WEE~
No comments:
Post a Comment